Saturday, July 25, 2015

Jadual Sesi Jun 2015

25 July 2015 | Kamsis PMU | 12:53noon

Late Post 
The timetable

15 Jun 2015 Majlis Perasmian Pembukaan Minggu Inspirasi Siswa (MIS) bagi Sesi Jun 2015, maka bermulalah hari baru ku sebagai pendidik Bumi Kenyalang. Seramai lebih kurang 800 orang pelajar baru mendaftar di Politeknik Mukah dalam pelbagai bidang diploma yang dipilih.

Seperti biasa, saya akan menyibukan diri untuk slot moral.. sekadar berkongsi pandangan mengenai kehidupan sebagai salah seorang pelajar IPT dan seterusya sebagai Pelajar Kristian di IPT. 

Perkongsian cerita memang membosankan, tetapi melihat muka setiap seorang pelajar ini, jelas menunjukan mereka amat memerlukan bimbingan yang betul kerana setiap mereka mempunyai cerita yang tersendiri dan hadir daripada pelbagai latar belakang.

27 Jun 2015 
Merupakan hari pertama sesi perkuliahan bagi sesi jun 2015. dan ini merupakan tahun ke empat saya bergelar pendidik bumi kenyalang. 

Untuk semester ini, mostly kelas saya adalah utk semester atas iaitu Semester 5 dan mereka ini baru sahaja kembali ke PMU selepas 6 bulan menjalankan Latihan Industri di Firma pilihan seluruh Malaysia. 

Dan salah satu subjek wajib juga adalah PK604 Business Communication utk students semester 6 yang mengambil bidang kesetiausahaan. Frankly speaking, pertama kali diberi tugasan untuk mengajar subjek ini merupakan saat yang sukar dalam karier saya sebagai seorang pendidik. Walaupun hakikatnya, subjek ini saya telah pelajari semasa di universiti tetapi kandungan ternyata berbeza sama sekali. Saya sendiri tpaksa belajar semula dan membaca serta memahami kehendak silibus sebelum masuk kelas. It was never been that easy. Tanpa bantuan dripada sesiapa, berlandaskan sumber internet, saya berjaya mengharungi kesemua cabaran ini walaupun tahap stress pada ketika itu sangat tinggi. Tetapi, sebagai seorang pendidik, saya anggap itu merupakan salah satu tanggungjawab dan pengalaman yang brharga bagi saya untuk menempuhi hari hari yang mendatang dalam bidang pendidikan yang penuh dengan cabaran ini. 

Manakala, subjek lain merupakan AE501 Communicative English III dan DUE3012 Communicative English II

Perkara yang paling mencabar sebagai seorang pendidik adalah menyediakan bahan mengajar, latihan dan assessment. walaupun pada hakikatnya, bahan / material ini boleh diguna semula daripada semester sebelum ini kerana kandungan yg sama, ttpi pada saya, untuk melahirkan graduan atau pelajar yang berkualiti, pendidik harus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan perubahan pelajar. Ini kerana, setiap semester kta akan berjumpa dengan pelbagai jenis pelajar dan latar belakang yang berbeza. 

Mejadi pendidik dalam bidang bahasa terutama bahasa inggeris merupakan satu tugasan yang berat. Ini kerana kebanyakkan pelajar hanya menguasai bahasa kedua ini di sekolah dan bukan d rumah. Kebanyakkan pelajar lebih gemar berinteraksi dalam  bahasa melayu atau bahasa ibunda mereka. Pelbagai skill dan methodology untuk membantu pelajar menguasai bahasa inggeris. Kementerian Pendidikan Politeknik telah memperkenalkan satu sistem yang kita kenali sebagai Outcome Based Education (OBE) di mana, pendidik menyediakan semua bahan sebelum masuk ke kelas, dan sebaik sahaja berada di dalam kelas, pendidik akan mula mengagihkan tugasan tersebut. Persoalannya, sejauh mana ka sistem OBE ini mampu membantu kemandirian pelajar dan meningkatkan mutu pembelajaran mereka? Pendidik plak sentiasa ditimbuni dengan kerja kerja pengkeranian, kursus, pegawai pengiring dan sebagainya, tidak termasuk nak menyediakan File Rekod Pensyarah yang harus diisi setiap minggu dan di hantar ke Ketua Jabatan atau Ketua Kursus untuk di semak sebanyak dua kali dalam 1 semester. 

Kalau nak dilistkan tugasan pendidik sangat panjang, hanya mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan sahaja tahu betapa beratnya tanggungjawab kami. 

Walauapapun rintangan dan cabaran, saya telah memilih perkerjaan ini dan pilihan ini merupaka pilihan saya sendiri, maka akan saya galas sehingga nafas yang terakhir.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment