Monday, October 27, 2014

From The Distance

27.10.2014 | monday morning | 00:23am | kamsis

Hello Again..

This is how the story went.. I met someone by accident, who blew me away, blew away - adele ..

Finally, i have the courage to forget and forgive u... 

Today is 6th day since i texted u but u never replied my text..

And today i bet u saw me, and yet u didnt texted me ..

Thx a lot u.. Thx for the best day of my life even thou just a little while...

Im having a hard time forget u, and finally i managed to forgive u.. 






Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru

Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang.
Ceritanya...
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek.
Ceritanya...
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat.
Ceritanya...
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas !
Ceritanya...
Nanti,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar.
Ceritanya...
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan number one.
Ceritanya...
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih.
Ceritanya...
Hari ini,
aku berterima kasih,
Pada guru yg berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih.
(copy paste ... credit to the writer)
I would like to dedicate Happy Teachers Day to My Own Dad (Cikgu Michael Banta), My own Sister (Cikgu Daisy Constance) to all my Aunties, Uncles, My Ex Teachers (SK Batu Danau, SMK Seri Patiambun, SMK Limbang, SMK Kubong), my Ex Lecturers (University Tun Abdul Razak, Sarawak Regional Center) and to all my fellow friends ...
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU2 DI MALAYSIA.. SAYA BANGGA MENJADI GURU!! SAYA BANGGA MENJADI PENDIDIK BUMI KENYALANG ..

Saturday, April 19, 2014

WPS Farewell Party Dec 2013


Most of our life is a series of images. They pass us by like towns on the highway. But sometimes, a moment stuns us as it happens. And we know that this instant is more than a fleeting image. We know that this moment… every part of it… will live on forever. The important thing is not to be bitter over life’s disappointments. Learn to let go of the past, and recognize that every day won’t be sunny. And when you find yourself lost in the darkness of despair remember, it’s only in the black of night that you see the stars, and those stars lead you back home. “So don’t be afraid to make mistakes, to stumble and fall, because most of the time the greatest rewards come from doing the things that scare you the most. Maybe you’ll get everything you wish for. Maybe you’ll get more than you ever could have imagined. Who knows where life will take you. The road is long and in the end, the journey is the destination.”











































I am reminded the great words by Rabindranath Tagore, ‘where the mind is without fear’. I wish for you a mental cosmos where you are confident individuals, not scared to do the most uphill tasks.  Where you are not cosseted in the four walls of fear, and break the shackles and become real performers, real doers. This is a time where girls from protected, disciplined world will gradually transcend into the so called real world and the attitude with which you leave will be the cornerstone of what you become tomorrow. As we stand here on this beautiful day, my friends we wish for you an attitude of a real performer, one who does not look back but dives into turbulent waters with a crazy stubbornness to swim through and survive the fiercest storms. I wish for you a divine belief, a never-give up attitude and a little piece of arrogance that tells the achievers out there in the world with a loud thud, ‘if you can, why can’t I?’...

Monday, February 3, 2014

Perjalanan Ku...



Rasa macam sekejap jer masa berlalu. tak sangka dah empat tahun aku bergelar seorang pendidik. masa berlalu pantas tak terasa.

Pada 18 Januari 2011 aku bersama-sama dengan ratusan pendidik daripada pelbagai bidang, latarbelakang melapor diri di Dewan Seri Seroja, Aras 2, Chancery Place, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, P15, Putrajaya. Sebaik sahaja selesai urusan melapor diri aku terus bergegas ke LCCT untuk penerbangan balik ke Sarawak, kerana aku telah ditempatkan di Politeknik Mukah, Sarawak. Pada ketika ini aku masih belum mampu atau dapat membayangkan keadaan di Politeknik kerana sejujurnya aku tidak terfikir untuk berkhidmat di IPT kerana selama 3 tahun setengah di universiti aku di dedahkan kepada kurikulum dan silibus sekolah menengah.

Tanggal 19 Januari 2011 waktu itu, jam sudah menghampiri waktu tengahari, aku selamat tiba di Politeknik Mukah daripada Bandar Sibu yang mengambil masa selama hampir 7 jam pada ketika itu, selepas meredah Jalan Ladang selama 4 jam yang masih dalam pembikinan. Sebaik sahaja tiba di Bangunan Pentadbiran aku terus melapor diri untuk kali  kedua dan seterusya “punch in” yang pertama. Selesai urusan lapor diri di Bangunan Pentadbiran aku seterusnya dibawa ke pejabat aku iaitu Jabatan Pengajian AM untuk berjumpa dengan Ketua Jabatan untuk sesi lapor diri yang terakhir dan seterusnya diperkenalkan kepada staff yang lain. Buat pengetahuan semua Jabatan Pengajian AM merupakan jabatan sokongan. Antara subjek yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral & Pendidikan Islam. Kesemua pelajar WAJIB mengambil kesemua subjek ini.

Tanggal 20 Januari 2011 bermula kehidupan ku secara rasmi sebagai Pendidik di Politeknik Mukah, Sarawak. 4 tahun dh merantau.. 4 tahun bergelar pendidik... 3 tahun aku memegang amanah sebagai warden asrama...
Segala rencah kehidupan, suka, duka, pahit, manis telah dilalui sepanjang tahun ini... Aku bukanlah seorang yang kuat dan tabah, tapi semuanya aku serahkan pada Tuhan... Mmg byk pengalaman yang dilalui..tentang persahabatan, tentang kasih sayang, kisah keluarga, kisah ibu bapa, kehidupan pelajar dan banyak lagi...

Dulu... Aku pernah berjauhan dengan keluarga selama 3 tahun, hanye setahun sekali dpt berjumpa. Aku dpt bertabah kerana sudah tahu bila tamat pengajian akan bersama keluarga semula...

Kini....masih berjauhan setelah bekerja... Kadang2 pengorbanan utk org lain perlu didahulukan... Keutamaan org lain perlu diutamakan terlebih dahulu... Kesakitan org lain perlu dititikberatkan dahulu.... Itulah antara pengalaman aku menjadi warden... Segala2nya semua aku kena dahulukan pelajar aku... Kadang2 mmg tak tahan, tak larat n bla...bla...bla.......... Apa yang aku harapkan bila kita mudahkan org lain, mudah-mudahan Tuhan mudahkan urusan kita... Harapan in da future, mungkin kalau aku ada anak yg duduk di asrama nanti, Tuhan akan permudahkan urusannya.. Mudah2an amanah ini, dpt aku laksanakan dengan sehabis baik....kerana aku hanyalah manusia biasa.....

Pada awal penempatan dahulu, beberapa rakan yang lain mengucapkan tahniah kerana berjaya ditempatkan di IPT dimana cabaran dan stress nya berbeza daripada sekolah biasa. Yup, aku akui itu semua. Di IPT tak perlu nak marah-marah pelajar, tak perlu nak berleter kerana mrk dah cukup dewasa dan mampu untuk berfikir demi kepentingan diri sendiri dan masa depan. Walaubagaimanapun, setiap pekerjaan itu mempunya cabaran dan bebanannya yang tersendiri.
Cabaran terbesar sebagai seorang pendidik apabila kita terpaksa berhadapan dengan manusia atau insan yang mementingkan diri sendiri. Mengambil kesempatan terhadap orang lain demi mencapai kepuasan dalam diri sendiri. Walaupun pada hakikatnya, kita ingin mewujudkan suasana seronok untuk bekerja tapi lain pula jadinya. Mungkin ada benar kata-kata orang kebanyakkan, semakin pandai seseorang itu semakin tinggi darjatnya semakin sukar untuk dia memahami kehendak dan perasaan orang lain sedangkan mereka sendiri pernah berada dibawah pada suatu ketika dahulu. Inilah yang dikatakan, lain rumput lain belalang. Walaupun apapun, hidup harus diteruskan, sama ada suka atau tidak, kerana aku telah berikrar dan berjanji akan mengalas tanggungjawab ini sebaik mungkin. Kecewa? Yup, aku memang kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang hanya mengambil mudah mengenai perkara ini dan hanya mementingkan diri sendiri dan sekaligus mencemar nama baik seorang pendidik. Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Pendidik adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para pendidik terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan pendidik sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu pendidik terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Ini dapat dibuktikan oleh insan-insan yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mempengaruhi orang lain untuk menjayakan dan merealisasikan impian mereka. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam bidang pendidikan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani, dan bukannya hanya sekadar mengejar darjat dan pangkat. 

Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan bidang pendidikan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap bidang pendidikan sebagai kelas kedua. Adakah peranan pendidik semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Tepuk dada tanyalah selera. Walau apa pun, aku mungkin bersetuju kerana, tanggapan masyarakat umum mengenai dunia pendidikan ini adalah kerana sebilangan pendidik atau insan yang mementingkan diri sendiri sehingga hilang pedoman dan fokus utama mereka iaitu memberi ilmu kepada anak bangsa. Tetapi kerana kerakusan dan tamak haloba menguasai diri, pandangan semakin kabur dan hilang arah. Inilah dikatakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  Secara ringkasnya, cabaran aku sebagai pendidik lebih kepada urusan sampingan bukannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin sesetengah pihak yang terbaca entri ku ini akan terasa dan akan mula menghakimi aku, tp aku tak kisah, sebab pada aku, siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Sejujurnya, setelah 4 tahun bergelar pendidik, aku telah menemui pelbagai jenis pelajar daripada pelbagai bidang dan pelbagai latar belakang. Aku sentiasa bersyukur kerana mempunyai pelajar yang sangat sporting dan kurang memberikan masalah kepada aku. 

Apabila bercakap dengan tugasan sampingan, rasanya aku tak perlu nak nyatakan kerana terlalu banyak dan kadang-kadang membebankan, lagi-lagi jika ada manusia atau insan yang tak faham atau mungkin faham tetapi sengaja untuk tidak memahami nya kerana bagi mereka itu hanyalah masalah kecil sahaja. Manalaka ada pulak sesetengah insan sentiasa menganggap dirinya teraniaya atau mangsa keadaan, hebat sungguh permainan nya. Ingin sahaja hati kecil ini ingin menganugerahkannya Piala Pelakon Terbaik Abad ini. 

Tetapi, aku sebagai manusia biasa sentiasa sedar akan hakikat Hukum Karma. Mungkin hari ini kau berjaya, mungkin hari ini kau berada di atas, mungkin hari ini kau berharta, mungkin hari ini kau berpangkat, mungki hari ini kau ingat kau ada segalanya, tetapi ingatlah, Tuhan itu maha pengasih maha penyayang adil dan saksama, pengajaran dan pembalasan akan tetap berlaku, mungkin tidak pada saat ini, mungkin tidak hari ini, mungkin tidak hari esok, mungkin tidak minggu ini, mungkin tidak tahun ini, ataupun, mungkin tidak terkena pada batang hidung sendiri, mungkin pada orang yang kamu sayang, mungkin pada anak kamu, mungkin pada pasangan kamu, mungkin pada cucu cicit  kamu kerana kita tidak tahu bila ajal menemui kita, bila pembalasan itu akan berlaku tetapi, janji Tuhan adalah NYATA dan PASTI. Jadi beringatlah sebelum terkena, sedarlah sebelum terlambat, bertaubatlah sebelum ditaubatkan kerana kerajaan Tuhan semakin hampir.

Sekian



We make a living by what we get, but we make a life by what we give