Sunday, December 19, 2010

Helloo....

Rintihan, keluh kesah…
19 / 12 / 2010
Hello Blogger..
Minggu lepas kali terakhir aku update blog ini.. Tinggal beberapa hari lagi hendak Christmas.. Tp hati ku ini langsung tak menggambarkan suasana Christmas.. Entah mengapa.. Aku sendiri pun binggung.. Entah di manakah silap nya aku sendiri pun tak jumpa puncanya..
Tatkala ahli keluarga ku yang lain sibuk menghias rumah, aku hanya duduk memerhati atau pun duduk menonton tv dan online.. aku langsung tidak meringgankan tulang ku.. Hanya mata ku meleret melihat mereka. Aku sendiri pun tak tahu kenapa naluri, hati, pemikiran ku berat hendak menolong mereka. Aku tak tahu apa yang membantut kan membuntukan fikiran.. Adakah aku sudah tidak waras.. bermain dalam dunia ku sendiri.. berkali-kali aku memerah otak ku untuk melihat dan berfikir kenapa aku bersikap seperti ini.. kenapa aku berubah… Berubah kah aku?? Jika aku berubah, apakah yang mempengaruhi perubahan ku ini.. Kenapa aku sangat sukar untuk menerima sesuatu yang baru?? Adakah ini kerana pengalaman yang lepas yang membuatkan aku serik dan takut untuk menerima segala-galanya dengan lancar.. aku kebinggungan… masih terkapar-kapar mencari jawapan dan kesilapan ku….
Semenjak dua menjak ini, aku sendiri pun merasa perubahan ku… Mudah marah, sensitif... Aku sendiri pun tak tahu kenapa.. Kenapa aku begitu bengis, sensitif dan panas baran... Apabila berada di rumah aku akan mula mendiamkan diri, mengurungkan diri di dalam bilik, atau pun keluar rumah dan lewat malam baru aku kembali ke rumah... Apabila aku berada di luar rumah, aku berasa sgt gembira, aku tak perlu berlakon dan secara automatik aku menjadi diri ku sendiri.. Tp apabila berada di rumah sikap ku terus berubah 360’ menjadi org lain, sehinggakan aku sendiri tidak kenal sapa aku... Adakah aku mempunyai sakit yang di gelar “split personality” sakit ini berpunca daripada perasaan tertekan dan stress serta sering dirujuk kepada pakar sakit jiwa menyebabkan aku mempunyai dua atau lebih personaliti.. Atau aku kesunyian.. Sbb tidak mempunyai pekerjaan dengan memikirkan hutang2 yg masih perlu dibayar... Fikiran ku sungguh berkecamuk hingga ia mengaburi pertimbangan ku...
Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam kotak fikiran ku.. Aku amat berharap agar ia berlalu dan tak akan kembali lagi, kerana aku sudah tidak mampu menanggung beban ini.... aku sangat menderita jiwa dan ragaku... Apa yang harus aku lakukan??? Ya-Tuhan, berilah petunjuk Mu... aku amat memerlukan Mu pada saat ini....
Sehingga kini, aku masih buntu, apa yang menghantui fikiran ku........ Aku sesat, sesat di dalam dunia ku sendiri...

No comments:

Post a Comment